Tuesday, 31 July 2012

Kembara Bumi Mesir Part 1

Assalamualaikum.


(  nak pesan siap2. Ak mmg suka guna bahasa sms ja tulis blog ni. Malas nak tulis Bahasa Melayu baku. So kalau x suka ke sorry la k. Lagi satu, kualiti gmbar2 dalam ni x berapa cantik )


Aku : Salam..Ustaz ada buat trip p mana2 x cuti winter nie?


Ustaz Faizal : Wasalam..ada...ana buat trip p Sinai..anta nak ikut ker?


Aku : InsyaAllah Ustaz..berapa ya kena bayar..bila trip tu..Saya igat nk ajak kawan saya boleh ke?


Ustaz Faizal : Boleh je..ana rasa dlm 250-300 L.E kot..anta ajak la kwn2 anta..nanti bg list nama kat  ana..tapi jangan lebih dari 20 org tau..ana takut nanti x cukup tempat...kalau ada apa2 PM ana k.


(perbualan lebih kurang macam nie la)


Esoknya aku pun tanya la budak2 kelas ak, rupanya ramai juga yg nk ikut sbb kebetulan ramai yg x ada aktiviti masa tu, so ak pun mula la amek nama sorg2 then kutip duit, pastu Loh pulak bgtaw yg Faizal dgn Choki nk ikut jugak.Ak on jer.


Yang x bestnya, dalam 2-3 hari sbelum kitaorg bertolak tu, ada cerita tentang pergaduhan la, rusuhan la kat Mesir ni. Ak time tu pun dah cuak dah. PERUBATAN pula col ak 2-3 kali jugak la (depa ni mmg baguih amek berat pasal kitaorg) nk wat taklimat keselamatan..Ak takut time tu kalau x jd org dok salahkan ak ja..hahaha...naseb bek depa kata boleh p sana..ak bkn men cuak lg terus call Ustaz Faizal..


Ustaz Faizal bgtaw ak kata kat sana selamat. Sebab kami p sana dengan Rumah Johor dan Pegawai2 Diplomat Malaysia kat sana tu, so lega la sikit rasanya. Sebelum p sana tu ak dgn Luqman la punya semangat p cari sarung tangan la, topi la, torchlight la.Kami cari sampai jumpa walaupun x reti mana cakap arab time tu.hehe


Masa terus berjalan tanpa sempat aku mengejarnya (ayat gramatis sikit)..hari yang ditunggu2 pun tiba.Ustaz Faizal (UF) call ak bgtaw nk bertolak malam p Cairo dulu. Mula2 tu UF bgtaw yang bas nak amek kami kat Masjid Gami' Ibrahim. Tapi masa tu jugaklah aku dengaq kata ada rusuhan kat Masjid tu, terus ak col UF n tukar tempat kat Bangunan Mara..Ak rasa mcm selamat sikit kalau naik kat situ..


Rumah Johor @ Al-Qahirah


Dalam pukul 8.00 malam tak salah ak kami bertolak dari Iskandariah ke Kaherah. Sampai ja kat rumah Johor ada la taklimat sikit sebanyak pasal trip nie, pastu kami pun bertolak la dari Cairo tu ke satu tempat tu (lupa nama). UF kata kat situ tempat jemaah haji berkumpul kot. Mula2 tu dalam bas x rasa pa2 lg..lpas ja turun dari bas..aku rasa macam nak naik balik.Tempat tu sejuk nak mati..Ak time tu dalam hati dok kata dah..tempat macam ni pun dah sejuk camna la kat Sinai nanti.


Salah satu tempat rehat yang kami singgah..Kat sini banyak sejarah terusan Suez dibina


Ni la Hotel Paris Hilton bak kata seorang Ustaz yang dalam Bas..haha


Loh dan YB bersama sahabat2 Rumah Johor serta Pegawai Rumah Johor Haji Maulan (kalau x silap)


Tugu Peringatan Perang Mesir-Israel


Masa tu kami semayang subuh kat tempat tu..Nak amek wudhu pun menggeletar kaki tangan ak. Tak pernah rasanya ak hidup selama ni tempat sejuk camtu.Pastu dari tempat tu kalau tak silap kami terus ke Taba'. Masa tu UF dah pesan siap2 dah yang kalau ada camera or handset simpan siap2.Sebabnya Taba' ni kawasan PANAS..Kat Taba' ni lah sempadan Mesir-Israel (Mido-Benayoun)..Kat Taba' ni pun ada hotel Hilton..Kami singgah kejap jer tempat nie..Amek gambar 2-3 keping pastu terus ke Kubu Salahuddin Al-Ayubi (kalau x silap la)..






Kelihatan Kubu Tersebut (malas nak tulis caption satu2, tapi tempat ni memang lawa)


























Fariz dengan pose Majalah Mangganya


Kubu ni cantik giler kawasan tempat ni..Bersih dan terjaga..UF masa tu bgtaw yg sapa2 nak p Kubu (tempat ni kat atas pulau) ni kena bayar duit boat n tiket..Kat Kubu ni ada macam tinggalan bangunan silam yg bagi ak sangat bernilai..Kagum giler tengok orang dulu2 buat bangunan yg kukuh dan kuat macam ni..UF kata tempat ni bukti kekuatan dan kebijaksanaan orang Islam dulu2 lawan musuh..Tempat ni siap ada dapur, kilang roti, telaga, tempat memanah, bilik mandi, bilik tidur utama, Masjid, kolam renang dan macam2 lg lah.


Bersambung Part 2.....









No comments:

Post a Comment