Teringat saya akan kisah suatu masa dahulu, dia pernah menjadi juara.Disegani dan ditakuti lawan dan kawan.Namun, pada satu ketika dia pernah rebah dan jatuh ketika namanya memuncak...tetapi hadirnya hidayah dan cahaya Islam dijiwanya..Bangun dia kembali gagah..Semoga Allah memberkatimu saudaraku MALIK ABDUL AZIZ @ MIKE TYSON..Disini saya titipkan kisah perjalan insan ini sebelum dan selepas memeluk Islam.
Michael Gerard Tyson alias Malik Abdul Aziz (lahir 30 Juni 1966, New York City, Amerika Serikat) adalah petinju profesional dan bekas juara kelas heavyweight. Kariernya yang sangat hebat terganggu oleh pelbagai kes jenayah. Gelaran Mike Tyson secara internasional adalah "Iron Mike", merujuk pada postur tubuhnya yang kuat bagaikan besi.
Beberapa media massa yang lain lebih suka menyebutnya sebagai "The Baddest Man on Earth", yang merujuk pada perangainya yang buruk, baik di dalam mahupun di luar gelanggang.
Masa muda Mike Tyson
Dilahirkan di kawasan Bronx, New York City, Tyson adalah salah seorang peninju paling ditakuti karena keganasanya. Beliau keluar masuk penjara sejak dari zaman remaja dan dikeluarkan dari sekolah. Beliau kemudian dibawa keluar dari sekolah remaja nakal oleh pelatih tinju terkenal, Cus D'Amato, kerana dia melihat potensi dan bakat yang ada pada Michael Gerard Tyson.
Mike Tyson mula bertanding secara profesional buat pertama kali pada tanggal 6 March 1985 di Albany, New York. Beliau menang di rpusingan pertama.Beliau kemudian bertinju 15 kali lagi pada tahun 1985 dan memenangkan semua pertandingan dengan KO. Hampir semua kemenangan KO itu dia lakukan di round pertama.
Pada tanggal 22 November 1986 Tyson bertinju melawan Trevor Berbick untuk meraih gelaran kelas berat versi WBC. Dan di round kedua, dia berjaya menang dengan pukulan KO hingga dinobatkan sebagai juara dunia kelas berat termuda di dunia, ketika umurnya 20 tahun.
Sejak itu Mike Tyson menumbangkan banyak petinju terkenal dan hebat seperti James Smith, Pinklon Thomas, Tony Tucker hingga beliau berjaya menjadi Juara Sejati dengan mengumpulkan tiga gelaran tinju dunia iaitu WBA, WBC dan IBF.
Tahun 1987 Tyson melawan juara Olimpik 1984 Tyrell Biggs dan menang dengan pukulan KO juga di round ketujuh. Tahun 1988,beliau melawan petinju veteran dan bekas juara kelas berat Larry Holmes dan menang dengan TKO di pusingan ke-4, beliau kemudiannya melawan Tony Tubbs di Tokyo dan menang dengan KO di round ke-2 dan namanya terus dikenali..
Bahkan Tyson sangat mengagumkan dunia saat menumpaskan Michael Spinks yang diramalkan sebagai lawan terkuat, hanya dengan pukulan KO dalam waktu 90 saat di round pertama.
Berita mengenai Mike Tyson bukan lagi kerana kehebatan tinjunya yang sememangnya dia adalah lagenda dalam bidang sukan ini tetapi banyak mengatakan mengenai diri Mike Tyson sekarang.
Cerita mengenai diri Mike Tyson sekarang menenggelamkan cerita “insiden menggigit telinga Evander Holyfield”.
Pada awal bulan Julai baru-baru ini akhbar Hmetro adalah melaporkan Mike Tyson dilihat sedang menangis ketika di Raudah kerana terlalu terharu berada di satu daripada taman syurga.
DIPENJARA DAN MEMELUK ISLAM
Mike Tyson memeluk islam secara rasminya pada tahun 1995 di penjara Indiana. Selapas memeluk islam Mike Tyson menukar nama kepada Malik Abdul Aziz.
Mike Tyson dipenjara atas tuduhan memperkosa Desiree Washington peserta pertandingan Miss Black Amerika pada 27 Januari 1992. Akibatnya Mike Tyson dipenjara selama 3 tahun.
MIKE TYSON VS EVANDER HOLYFIELD
Mike Tyson pernah dikalahkan oleh Avander Holyfield pada pertemuan November 1996. Selepas kekalahan itu Mike Tyson tidak bertarung lagi sehingga sekali lagi dia melawan Avander Holyfield pada Jun 1997 menyaksikan Mike Tyson menggigit telingan Avander Holyfield.
Mike Tyson dilarang bertinju selama setahun selepas itu dan didenda $3 juta.
MIKE TYSON YANG BARU
Tyson kini mempunyai perwatak yang berbeza dengan dirinya yang lalu. Dirinya kini menjadi seorang yang amat pendiam dan merendah diri.
Mike Tyson berkata dirinya sekarang adalah Mike dan Tyson adalah orang lain.
Dia kini mahu menjadi muslim yang taat.
Saya seorang Muslim yang taat, saya dipenuhi kejahatan sebelum ini. Saya mahu memperbaiki setiap kesalahan lalu dengan amal kebaikan.”
No comments:
Post a Comment