Xth Batch (Tenacious) |
Yang men bola belakang tu kacau line la.. |
Nak amek gambar nie sekeping ja..tp nak atur tu cukup lama..heheh |
Bagi saya secara jujurnya saya belajar erti persahabatan dengan lebih jelas ialah ketika saya bersama rakan2 Tenacious di MRSM Langkawi.
Di laman itulah saya belajar erti teman yang boleh ketawa dan menangis bersama saya.Di saat saya terleka pasti ada yang mengingatkan saya.Jika hendak diungkapkan dengan kata2 tidak termampu rasanya menggambarkan betapa manisnya kenangan saya di MRSM.Bersama rakan2 menuntut ilmu dan mencari pengalaman.
Dilaman itulah juga sya mengenal apa itu sebenarnya erti keakraban..Segala yang berlaku membuatkan kita lebih akrab dan dekat.Setiap masalah dikongsi dan sama2 diselesaikan.Apabila terlena pasti ada yang mengejutkan.Di MRSM jugalah sy berkesempatan menemui pelbagai jenis ragam manusia..Namun itu semua saya anggapkan sebagai asam dan garam dalam kehidupan sebagai seorng pelajar..Saya sebenarnya amat2 menghormati salah seorg dari shabat saya (sy rasa tidak perlu dinyatakan nama) yang sy anggap sebagai antara manusia terhebat pernah saya temui..Beliau sangat bijak, kelakar, patuh pada perintah agama dan juga sangat berbakat dalam sukan..Beliau juga berbakat menjadi seorg pemimpin dan imam...Saya menjadikan beliau sebagai seorng rakan yang patut saya contohi untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Perkara yang saya tidak mampu lupakan sehingga kini ialah betapa utuhnya persahabatan kita semua sehingga sanggup berkongsi susah dan senang bersama.Tidak pernah menyalahkan org lain sebaliknya masalah tersebut diselesaikan bersama..Kadangkala mungkin berlaku salah faham dan pertengkaran kecil antara kita namun perkara itu tidak pernah diungkit kembali..sebaliknya ia menjadi lembaran hikmah dan pengajaran kepada kita semua kerana kita tetap shabat selamanya.
Kenangan di MRSM juga mengingatkan saya bahawa sesungguhnya sikap tidak berputus asa boleh mengubah apa yang sebelum ini difikirkan mustahil.Saya teringat apabila keputusan Percubaan SPM diumumkan.Masing2 terkejut dan sedih bila mengetahui bahawa MRSM LAngkawi berada pada kedudukan ke-3 dari akhir.
Berkat usaha guru2 dan semestinya pelajar itu sendiri..Saya amat berbangga dengan anjakan paradigma yg telah kita lakukan..Syabass..Meskipun kita tidak berjaya mengulangi kejayaan batch terdahulu namun, kita membuktikan bahawa kita bukanlah pelajar yang bodoh..Kita mampu mencipta kejayaan yang sebelum itu kelihatan hampir mustahil..
Namun..
Bumi terus berputar dan masa terus beredar..masa yang berlalu tidak akan berulang kembali..
Di dalam hati saya sy sentiasa berdoa agar pershabatan kita bersma akan terus berkekalan..meskipun kita jauh namaun kita tidak akan melupakan antara satu sama lain..InsyaAllah suatu masa nanti kita akan bertemu kembali dan sy mengharapkan saat itu menjadi realiti.Tetapi pada masa itu saat yang sangat2 sy rindukan ialah kenangan di MRSM yg tidak mungkin luput dari ingatan saya.
Kini masing2 mempunyai hala tuju hidup sendiri..Ada yang akan ke Kolej dan ada yg akan ke luar negara.Namun, hanya satu yang sya pinta dari anda semua..Ingatlah dan jangan melupakan kenangan kita bersama...Kerana saya pasti bahawa setiap warga Tenacious pasti tidak akan melupakan siapa sahabat mereka yang sebenarnya.Semoga Allah meredhai persahabatan dan perpisahan ini..
Terima Kasih tidak terhingga sahabatku...
Sahabat
Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesar berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi
Sahabat
Kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara
Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk kuukir senyuman
Bagaikan embun hilang di terbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa
Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan
Hingga ke titisan darah terakhir
Dan aku masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku
Terus menanti saat yang manis
Akan berulang kembali
Sahabat
p/s: antara sebab utama sy menulis nota ini ialah kerana saya ingin menjadi sahabat anda untuk selamanya..
No comments:
Post a Comment